24 Oktober 2018, Rabu :- Unit JKR KESEDAR telah mengadakan program 1 jam dalam memori bersempena dengan pertukaran pengarah yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dan dihadiri hampir keseluruhan pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah serta Gua Musang.
Majlis dimulai dengan ketibaan VIP iaitu Tn Iskandar Zulkarnain Bin Ibrahim (Pengurus Besar KESEDAR), En Marzewan Bin Mohamed (Pengurus Bahagian Kewangan KESEDAR), En Azman Bin Mohamad (Timbalan Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli) dan En Kamal Badrul Hisham (Pengurus KESEDAR Gua Musang).
Majlis diteruskan dengan perarakan masuk Tuan Pengarah ke dalam dewan diiringi oleh tetamu VIP dan pegawai kanan Unit JKR KESEDAR. Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan dikumandangkan sebelum bacaan doa oleh En Amram Bin Ismail.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari wakil pengurusan Unit JKR KESEDAR, En. Muhamad Azly Bin Ab. Aziz. Tayangan Montaj 1 jam dalam memori Tuan Pengarah dipertontonkan kepada seluruh hadirin bagi mengimbau kenangan Tuan Pengarah sepanjang berada di Unit JKR KESEDAR serta ucapan dari keseluruhan pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR.
Seterusnya, Ucapan dan amanat oleh Tuan Pengarah kepada semua hadirin. Ucapan terhenti dikala kehadiran bakal Pengarah baru iaitu En Shukri Bin Ishak.
Majlis diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada pasukan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) premis JKR yang telah dinobatkan selaku Naib Johan keseluruhan.
Penyampaian Cenderahati kepada Tuan Pengarah iaitu Cenderahati daripada seluruh pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR, Cenderahati dari Bahagian Ukur Bahan & Kontrak dan Cenderahati dari Pengurus Besar KESEDAR.
Gimik dilakukan sempena dengan majlis ini dengan perarakan masuk troli berisi kek bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sesi Penyerahan dan menandatangani Nota Serah Tugas oleh pengarah kepada bakal pengarah baru, En Shukri Bin Ishak.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dab makan tengah hari.
“Buah Kedondong Buah Kemumu,
Bukan Untuk Dibuat Jamu,
Betapa Banyak Jasa mu,
Tak Terhitung Kebaikan Mu.”