12.04.2018, Khamis ;- Unit JKR KESEDAR telah mengadakan majlis bagi meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan industri di pejabat ini. Majlis telah berlangsung di dewan wawasan, unit JKR KESEDAR, Tanah Merah yang mana telah dihadiri oleh semua pelajar seramai 13 orang dan penyampaian sijil tamat latihan ini telah disampaikan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR.
Dalam ucapan pengarah, Beliau mengharapkan agar kemahiran secara hands-on yang diperolehi dapat meningkatkan kenyakinan diri dan kompetensi pelajar-pelajar. Pengisian Latihan Industri di pejabat ini akan diperkemaskan sejajar dengan tuntutan dan perubahan terini. Unit JKR KESEDAR juga akan memperkenalkan Anugerah Pelatih Terbaik di masa akan datang.
Dalam majlis ini juga, diadakan juga pembentangan hasil pengalaman dan pendedahan perlaksanaan cerucuk gerek (Bored Pile) oleh 4 orang pelajar yang bakal menamatkan latihan industri kali ini.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menamatkan Latihan Industri selama 6 Bulan di Unit JKR KESEDAR.