Seramai 6 pelajar dari pelbagai jurusan telah menamatkan Latihan Industri di Jkr Kesedar bagi sesi pertama 2018.
Pelajar ini telah diraikan dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Jkr Kesedar, Ir Mohd Suhaili Ismail.
Julung kalinya Jkr Kesedar memperkenalkan Anugerah Pelatih Cemerlang yang di nilai oleh 5 orang panel penilai di mana 30% permakahan di nilai semasa sesi pembentangan hasil latihan oleh pelajar. Pelajar sulong yang dinobatkan sebagai pelatih cemerlang ialah adik Amira Syazwani dari UNIMAS.
Pengarah JKR Kesedar dalam ucapan aluannya mengharapkan pelatih telah pun memanafaatkan ruang tempoh latihan supaya objektif LI telah dicapai seoptimunnya terutama dalam meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan penyampaian sebenar di alam pekerjaan.
Pengisian majlis turut disertakan dengan pembentangan hasil latihan oleh semua pelatih.