13 April 2017, Khamis :- Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan ke-24 telah diadakan dengan jaya. Kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan iaitu seramai 113 orang melambangkan kesepakatan dan sokongan warga Unit JKR KESEDAR untuk memacu kecemerlangan kelab.
Mesyuarat dirasmi dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang baru, En Mohd Suhaili Ismail. Yang Dipertua dalam ucapan aluan menekankan supaya ahli memahami matlamat penubuhan kelab dan memberi kerjasama terutama berkaitan yuran dan sewaan serta idea-idea baru untuk kelab lebih berdaya saing.
Mesyuarat juga melibatkan pembentangan laporan kelab, perbincangan usul dan perlantikan AJK Induk baru.