18.03.2019 Isnin :- Mesyuarat ini telah diadakan dengan jayanya di Dewan Wawasan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua KSK, En. Shukri Bin Ishak.
Dalam mesyuarat ini, Setiausaha Kehormat telah membentangkan laporan aktiviti tahunan manakala Bendahari membentang penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018.
Seterusnya membahaskan usul dan cadangan serta pembubaan AJK Kelab sesi 2017/2018 bagi membolehkan pemilihan AJK baru sesi 2019/2020.
Majlis diakhiri oleh ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua KSK.