19.3.2017 Ahad :- Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan SIRIM ISO 9001:2008 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Unit JKR KESEDAR Gua Musang.
Manakala Mesyuarat Penutupan pula telah diadakan di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah keesokan harinya.
Keputusan audit yang dijalankan selama dua hari itu, tiada NCR dikeluarkan oleh Juru Audit SIRIM yang menandakan Pejabat ini mematuhi segala aspek SIRIM ISO 9001:2008. Cuma terdapat empat penambahbaikan yang perlu pejabat ini perkemaskan lagi untuk SIRIM ISO 9001:2008.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.