Kota Bharu, 27 Februari 2020 :- Kejohanan Indoor MSK JKR Kelantan telah diadakan dengan jayanya di JKR Kelantan. Pada kejohanan indoor game kali ini telah dipertandingkan 6 acara dengan penyertaan dari 10 pasukan yang terdiri daripada JKR Jajahan, JKR Elektrik, JKR Mekanikal, JKR Kuari, Ibu Pejabat JKR Kelantan dan JKR KESEDAR.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan JKR KESEDAR kerana telah menjuarai 1 permainan iaitu permainan Carom dan 3 permainan di tempat ke-3 iaitu Permainan Congkak, Selambut dan Bola Jaring.
Dengan kemenangan ini, Pasukan JKR KESEDAR dinobatkan sebagai Juara keseluruhan pada kejohanan indoor game kali ini.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan YDP MSK JKR Kelantan, Pengerusi Karnival Kejohanan dan YDP KSK Unit JKR KESEDAR yang telah diadakan di bangunan puspanita JKR Kelantan.