Unit JKR KESEDAR dengan kerjasama Syarikat Omizu Sdn Bhd telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR. Pemeriksaan kesihatan ini telah diadakan pada 16 Julai 2013 (Selasa) bermula pukul 8.30 pagi bertempat di Bilik Wawasan Unit JKR KESEDAR.
Pemeriksaan percuma tersebut melibatkan fungsi organ dalaman seperti Blood Pressure, Body Fat, VFat (Visceral Fat), BMI (Body Mass Index) dan BMR (Basal Metal Index) manakala pemeriksaan kencing manis dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 setiap seorang.