25/1/2018, Khamis :- Sesi penyampaian sijil penghargaan sebagai menghargai Unit JKR KESEDAR dalam Emergency Response Team (ERT) sepanjang tahun 2017 telah berlangsung di Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Tanah Merah, Kelantan.
Unit JKR KESEDAR diketuai oleh Ketua Ahli Jawatankuasa Emergency Response Team (ERT) yang juga Jurutera Mekanikal, En Mohd Firdaus Bin Rameli Bersama-sama dengan ahli ERT dan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan telah menerima sijil penghargaan tersebut.
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKKP) dan Jawatankuasa Emergency Response Team (ERT) berjaya menganjurkan program yang dirancang pada tahun 2017 dengan jayanya.
Majlis juga disusuli dengan perbincangan perancangan program sepanjang tahun 2018. Jawatankuasa Emergency Response Team (ERT) Unit JKR KESEDAR akan terus komited untuk menjayakan perancangan bagi tahun 2018 kerana ianya merupakan tanggungjawab Bersama terutama dalam persediaan Jabatan terhadap keselamatan harta benda, kakitangan dan orang awam.
Pengurusan Unit JKR KESEDAR mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKKP) dan Ahli-ahli Skuad Emergency Response Team (ERT) Unit JKR KESEDAR atas komitmen yang diberi dan juga terima kasih kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Tanah Merah diatas kerjasama ini.