Anugerah MCIEA 2018 merupakan pengiktirafan pencapaian cemerlang penggiat industri dalam pembinaan diperingkat domestik dan antarabangsa anjuran CIDB Malaysia.
Projek Unit JKR KESEDAR – Projek Pembinaan Jalanraya dari Kg Berdang Ke Kg Sungai Rual Melayu Ke Kg Sungai Rual (Fasa 2), Jeli, Kelantan telah dianugerahkan Projek Terbaik Infrastruktur MCIEA 2018 yang telah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada malam 29 September 2018.
Majlis turut dihadiri oleh YB Menteri Dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya serta KSU Kementerian Kerja Raya.
Pengarah Unit JKR KESEDAR, Ir Mohd Suhaili Bin Ismail mewakili Unit JKR KESEDAR telah menerima anugerah yang berprestij tersebut dari Dato Seri KSU Kementerian Kerja Raya.
Tahniah.