Pada 31 Oktober 2013, Unit JKR KESEDAR telah menerima pensijilan Amalan 5’S, Persekitaran Berkualiti, oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC).
Amalan 5’S di Unit JKR KESEDAR telah bermula seawal tahun 2011 dan dilancarkan secara rasminya pada Julai 2013. Aktiviti gotong-royong giat dilaksanakan dan audit dalaman diadakan sebulan sekali. Ianya disusuli dengan Pra-Audit Pensijilan oleh MPC, Puan Kartin Haslinda Binti Che Mat, pada 23 Oktober 2013. Kemuncak adalah Audit Pensijilan oleh Encik Mahadi Bin Hasbullah pada 31 Oktober 2013.
Amalan 5’S telah memberi impak yang besar pada Unit JKR KESEDAR iaitu suasana kerja lebih selesa, ceria dan selamat. Kakitangan Unit JKR KESEDAR telah menunjukkan budaya kerja berpasukan yang tinggi sepanjang proses pensijilan. Imej Unit JKR KESEDAR lebih meningkat di mana ruang kerja lebih luas, bersih dan kemas.
Tahniah kepada semua staf Unit JKR KESEDAR yang telah bertungkus-lumus menjayakan pensijilan ini! Untuk laporan bergambar bagi Pelancaran Amalan 5’S, Pra-Audit 5’S dan juga Audit 5’S, sila ke Facebook Unit JKR KESEDAR.