Majlis penyerahan bangunan baru Masjid Kg Bahagia telah berlangsung pada sebelah petang 6 November 2017 dimana majlis disempurnakan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, En Mohd Suhaili Bin Ismail.
Turut hadir ialah wakil Pengurus Wilayah KESEDAR Kuala Krai selaku pelanggan, Wakil dari Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pihak Kontraktor yang terlibat.
Masjid ini boleh memuatkan 350 Jemaah dalam satu-satu masa yang mana pembinaan bangunan masjid ini menelan kos sebanyak RM 0.95 Juta.