14.03.2018, Rabu – Majlis penyerahan Projek Pembaikan Cerun Di RKT Paloh 3 KE RKT Lebir kepada pihak KESEDAR yang diwakili oleh Tuan Hj Wan Muhd Rahimi Wan Salleh (Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian) manakan Unit JKR KESEDAR diwakili oleh Jurutera Awam En Wan Fairos Wan Mohd Zawawi. Turut hadir adalah wakil JKR Jajahan Gua Musang dan wakil kontraktor.
Skop projek adalah membaiki runtuhan cerun di beberapa lokasi sepanjang jalan di Paloh ke Lebir dan menaiktaraf jalan perhubungan yang lebih selesa ke kampung berdekatan. Projek ini dibawah peruntukan pihak KESEDAR.