09-9557057
jkrkesedar@jkr.gov.my
Facebook
Twitter
YouTube
  • Utama
  • PENGENALAN JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Sejarah Jabatan
    • Pengarah Terdahulu
    • Objektif, Visi dan Misi
    • Logo JKR
    • Carta Organisasi
    • Direktori Staf
      • Pegawai Atasan
      • Pegawai Kanan
      • Pegawai & Kakitangan
    • Piagam Pelanggan
    • Anugerah / Pencapaian
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Utama
    • Arahan KPKR
    • Arahan Perbendaharaan
    • Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan
    • Jadual Kadar Harga
    • Arahan Teknik-Cawangan Jalan
    • Inspection and Testing Plan (ITP)
  • PROJEK
    • Pembinaan
    • Serahan
  • HUBUNGI KAMI

Jadual Kadar Harga

Home Perkhidmatan Jadual Kadar Harga

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Pembaikan 2014 dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Perolehan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam dengan harga RM20.00 senaskhah di :

Unit Tawaran Pusat,
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Bangunan Berasaskan Lukisan Dan Spesifikasi

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Bangunan Berasaskan Lukisan Dan Spesifikasi 2015 merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh, Bahagian Pembangunan dan Khidmat Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

Ia dijual dengan harga RM5.00 senaskhah.kepada orang awam di

Unit Tawaran Pusat,
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur

Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan

Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan 2/2014 ini diedarkan bertujuan untuk memberikan maklumat kos bagi kerja-kerja pembinan bangunan Kerajaan berdasarkan lukisan-lukisan piawai. Edaran adalah terhad kepada kakitangan awam sahaja. Data kos yang dibukukan ini berdasarkan As Tendered Detailed Abstract (ATDA) dan maklumat kos ini boleh digunakan untuk penyediaan anggaran kos projek.

Bagi mendapatkan senaskah salinan, sila berhubung dengan:

Bahagian Pembangunan dan Khidmat Kos
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara Tun Ismail Mohamad Ali
Jalan Raja Laut
50582 Kuala Lumpur

JADUAL KADAR HARGA UNTUK PENYENGGARAAN ELEKTRIK DAN KERJA-KERJA KECIL ELEKTRIK

Jadual Kadar Harga Penyenggaraan Elektrik dan Kerja – Kerja Kecil Elektrik Keluaran 2016 [JKH (E) 2016] dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan.

Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja secara undi / segera / kecemasan yang berpandukan Arahan Penbendaharaan 179 dan Pekeliling Perbendaharaan Kaedah Perolehan Kerajaan (PK 2.1) atau yang semasa. (Rujuk Surat Arahan KPKR bil. (26) dlm JKR/KPKR : 100.010/07 bertarikh 5hb April 2016)

Jadual Kadar Harga Kecil 2011

  • Perkhidmatan Utama
  • Arahan KPKR
  • Arahan Perbendaharaan
  • Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan
  • Jadual Kadar Harga
  • Arahan Teknik-Cawangan Jalan
  • Inspection and Testing Plan (ITP)

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kerja Raya KESEDAR | Kemaskini Terakhir Pada : 19/04/2021

Hubungi Kami

Unit JKR KESEDAR,
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
No Telefon : 09-9554009
No Faks: 09-9555089
Emel : JKRkesedar@jkr.gov.my

Jumlah Pengunjung

160445
Users Today : 211
Users Yesterday : 374
This Month : 3662
Who's Online : 3

Kod QR JKR KESEDAR

  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman