Seluruh warga Unit JKR KESEDAR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti En Wan Asri Bin Wan Ibrahim, Penolong Jurutera Awam JA36 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 Mac 2018.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Unit JKR KESEDAR khususnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.