09-9554009
JKRkesedar.jkr@1govuc.gov.my
Facebook
Twitter
YouTube
  • Utama
  • PENGENALAN JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Sejarah Jabatan
    • Pengarah Terdahulu
    • Objektif, Visi dan Misi
    • Logo JKR
    • Carta Organisasi
    • Direktori Staf
      • Pegawai Atasan
      • Pegawai Kanan
      • Pegawai & Kakitangan
    • Piagam Pelanggan
    • Anugerah / Pencapaian
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Utama
    • Arahan KPKR
    • Arahan Perbendaharaan
    • Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan
    • Jadual Kadar Harga
    • Arahan Teknik-Cawangan Jalan
    • Inspection and Testing Plan (ITP)
  • PROJEK
    • Pembinaan
    • Serahan
  • HUBUNGI KAMI

PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN (SOC) JKR 2018, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

09/07/2018syahrizanBerita

Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2018 bertemakan “ASPIRASI JKR PADA ERA REVOLUSI INDUSTRI (IR) 4.0” diadakan pada 7 – 9 Julai 2018 bertempat di Alor Setar, Kedah. Tema ini signifikan dan bertepatan dengan Aspirasi Pegawai JKR Malaysia dalam meneroka masa depan untuk menempuh dan mendepani IR 4.0 yang bakal tiba.

Persidangan yang bermula pada 7 Julai dan akan berakhir pada 9 Julai 2018 melibatkan penyertaan seramai 400 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera Daerah, Pegawai Kader yang mengetuai cawangan, bahagian dan unit dari seluruh negara.

Objektif utama penganjuran persidangan tahunan ini adalah platform kepada pegawai – pegawai kanan JKR untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta menjadi medan perbincangan bagi isu dan perkara berkaitan Jabatan di samping saling bertukar buah fikiran dan pandangan serta mencetus idea – idea baru lagi inovatif dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan penyampaian jabatan.

Majlis Perasmian Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKR Negeri Kedah iaitu YBrs. Ir. Haji Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud selaku tuan rumah pada kali ini, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya.

Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya serta pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya. Antara intipati ucapan YB Menteri adalah;

-Revolusi Industri 4.0
-Polisi perolehan Kerajaan Pakatan Harapan
-Memperkasakan Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Sistem JTruss iaitu sistem permohonan dan kelulusan pembekal sistem kekuda bumbung projek – projek bangunan secara atas talian oleh JKR Malaysia, disusuli dengan pelancaran lagu baharu JKR bertajuk Visi Dituju dan pelancaran tudung JKR yang diperagakan oleh staf JKR. Perasmian dan Lawatan Pameran oleh YB Menteri diadakan sejurus selepas majlis perasmian tamat.

Previous Post TINJAUAN SECARA DEKAT PELAKSANAAN PROJEK OLEH PENGARAH UNIT JKR KESEDAR Next Post JKR KESEDAR NAIB JOHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KESIHATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PREMIS JKR

Arkib Berita

  • February 2021 (5)
  • January 2021 (3)
  • December 2020 (4)
  • November 2020 (1)
  • September 2020 (8)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (15)
  • June 2020 (9)
  • May 2020 (1)
  • March 2020 (7)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (10)
  • November 2019 (13)
  • August 2019 (8)
  • July 2019 (4)
  • June 2019 (4)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (12)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (8)
  • January 2019 (11)
  • December 2018 (3)
  • November 2018 (7)
  • October 2018 (6)
  • September 2018 (7)
  • August 2018 (3)
  • July 2018 (10)
  • April 2018 (5)
  • March 2018 (10)
  • February 2018 (12)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (7)
  • October 2017 (8)
  • September 2017 (6)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (8)
  • April 2017 (11)
  • March 2017 (6)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (1)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (1)
  • July 2016 (1)
  • June 2016 (1)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (2)
  • January 2016 (2)
  • June 2015 (1)
  • April 2015 (3)
  • November 2014 (1)
  • October 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • May 2014 (1)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (1)
  • November 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (3)
  • May 2013 (3)
  • April 2013 (1)
  • February 2013 (1)
  • January 2013 (2)
  • December 2012 (1)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (1)

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kerja Raya KESEDAR | Kemaskini Terakhir Pada : 11/02/2021

Hubungi Kami

Unit JKR KESEDAR,
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
No Telefon : 09-9554009
No Faks: 09-9555089
Emel : JKRkesedar@jkr.gov.my

Jumlah Pengunjung

151919
Users Today : 131
Users Yesterday : 198
This Month : 3408
Who's Online : 1

Kod QR JKR KESEDAR

  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman