15 April 2017, Sabtu :- Pasukan MSSK JKR Kelantan telah menghantar pasukan dalam pertandingan ini. Pertandingan ini juga merupakan persediaan awal menguji keserasian pemain untuk mengharungi persaingan di temasya sukan JKR Malaysia yang akan berlangsung di Terengganu selepas Aidilfitri nanti.
Unit JKR KESEDAR telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan untuk acara Badminton ini bagi mewakili JKR Kelantan pada temasya nanti. Dalam Kejohanan ini, Pasukan JKR Kelantan mara hingga ke separuh akhir dan kalah tipis kepada pasukan Jabatan Kesihatan Kelantan ( 2-3 )
Selamat maju jaya kepada Pasukan Badminton MSSK JKR Kelantan.