29.3.2017, Rabu :- Program setiap tiga bulan sekali yang menjadi platform bual bicara antara semua warga JKR KESEDAR bersama Pengarah.
Objektif program ini adalah untuk memperkasakan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam menghadapi perubahan tuntutan semasa. Topik kali ini menjurus kepada tuntutan pegawai yang berintegriti pemangkin kepada penyampaian projek.
Bersempena dengan program itu juga turut diadakan majlis meraikan pegawai yang akan bersara, pegawai yang telah bertukar dan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dari bulan Januari hingga Mac 2017.