Pada 29 Mac 2016 Program Imam Muda dengan Kerjasama Bank Islam telah terlaksana dengan jayanya. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pameran oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah.
Wakil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- En. Ismail Taib (Pengurus Kanan Perbankan Pengguna Ibu Pejabat BIMB Kuala Lumpur)
- En. Mohd Supardi Yatim (Pengurus Cawangan Tanah Merah)
- En. Abdul Sukor Osman (Pengurus Perniagaan Tanah Merah)
- Kakitangan Bank Islam Cawangan Tanah Merah
Sesi penerangan pihak Bank Islam oleh En Ismail Taib berkaitan produk-produk dibawah Bank Islam Malaysia Berhad.
Sesi Tazkirah agama oleh Imam Muda Hassan Adli Yahaya dengan tajuknya “Aku Dulu Tidak Sama Dengan Aku Sekarang”.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan tengah hari.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.