20.02.2019, Rabu :- Unit JKR KESEDAR dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), CDPK Ibupejabat JKR Malaysia telah mengadakan Program Kesedaran Keselamatan Dan Pembudayaan ICT bertempat di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Program ini telah dikendalikan oleh Pn. Azlina Bt Hashim (Pegawai Teknologi Maklumat) selaku Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO), Pn. Wdh Hanum Bt Dollah (Pegawai Teknologi Maklumat) & En. Mohd Nur Asyraf Bin Mohammad (Juruteknik Komputer).
Semoga program sebegini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat ini akan aspek keselamatan ICT.