11.07.2019, Khamis :- Program yang berlangsung Di Dewan Wawasan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dimulakan dengan Taklimat Cuepacs Living Care.
Program diteruskan dengan Majlis Perpisahan Jurutera Elektrik, En. Nik Md. Faisal Faiz Bin Nik Ismail dan Majlis Persaraan Pn. Rohimah Bt Mat Zain. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR.
Program diteruskan lagi dengan aktiviti senamrobik dan gotong-royong membersihkan keseluruhan kawasan pejabat dan kuarters kakitangan.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.