8 – 11 September 2017 :- Program Pemantapan Integriti Dan Sahsiah Diri Jkr Malaysia 2017 untuk kumpulan Pengurusan Utama dan Pengarah-Pengarah JKR telah diadakan dengan jayanya.
Program yang sangat Berjaya ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan hubungan akrab antara pengarah-pengarah cawangan, negeri dan unit khas telah diadakan di Taman Laut, Pulau Redang, Terengganu.
Keakraban semestinya akan memperkasakan komunikasi yang berkesan di antara Pegawai Penguasa, Pengurus Program, HODT dan HOPT semasa mengurus projek.
Unit Khas JKR KESEDAR mengucapkan tahniah kepada Dato Seri KPKR JKR Malaysia atas inisiatif mewujudkan program sebegini.