Tanah Merah, 23 Januari 2020 :- Program dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kelantan serta lagu JKR Malaysia.
Seterusnya penyampaian amanat oleh Ybrs En. Shukri Bin Ishak (Pengarah) kepada semua pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dan Gua Musang. Besar harapan Ybrs Tn. Pengarah agar semua Bahagian dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan.
Program seterusnya penyampaian KPI yang perlu dicapai oleh Ybrs Tn. Pengarah kepada setiap Ketua Bahagian.
Program diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh bagi Bulan Julai – Disember 2019. Tahniah diucapkan kepada penerima.
I. En. Wan Mohd Rizaizul Bin Wan Mat
( Pengurusan & Profesional )
II. Pn. Wan Shamsiah Bt Wan Setapa
( Kakitangan Sokongan I )
III. En. Imram Bin Ismail
( Kakitangan Sokongan II )