Isnin, 26 Disember 2016 – Program Strategik Partnership antara KESEDAR dan Unit JKR telah diadakan dengan jayanya di Pejabat KESEDAR Gua Musang.
Sebelum itu disebelah petang, Mesyuarat Khas antara KESEDAR dengan Unit JKR terlebih dahulu diadakan dengan pihak KESEDAR membentangkan keseluruhan Bajet yang dipohon dan yang telah diluluskan oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah bagi tahun 2017.
Kemuncak program iaitu Program Strategic Partnership antara KESEDAR dengan Unit JKR diadakan pada sebelah malam dengan dihadiri sebahagian besar pegawai dan kakitangan KESEDAR dan Unit JKR. Antara pengisian program ini ialah :-
- Ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Fazam Bin Mat Lazim ( Pengurus Besar KESEDAR )
- Ucapan oleh YABrs. Encik Mohd Suhaili Bin Ismail ( Pengarah Unit JKR KESEDAR )
- Penyampaian Sijil Penghargaan KESEDAR kepada Pengarah Unit JKR KESEDAR
- Majlis Makan Malam
Objektif Program ini adalah :-
- Mengeratkan hubungan silaturahim diantara pegawai-pegawai KESEDAR dengan pegawai-pegawai Unit JKR KESEDAR
- Memantapkan kaedah kerja diantara pegawai-pegawai KESEDAR dengan pegawai-pegawai Unit JKR KESEDAR bagi menghasilkan kerja yang berkualiti.
Program ini diakhiri dengan sesi ramah mesra antara semua pegawai KESEDAR dengan pegawai Unit JKR KESEDAR.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.