14 Oktober 2018, Ahad :- Pengisian program ini adalah dengan menanam pokok limau nipis diperkarangan pejabat dan gotong-royong mengacau empat kawah bubur as syura.
Program yang dilihat berjaya memperkasakan semangat kerjasama dan memperkukuhkan lagi tali silaturahim dikalangan warga kerja JKR KESEDAR.
Semangat kekitaan terserlah dengan setiap warga dalam suasana ceria dan gembira dalam mengurus program sehingga terhasilnya bubur as syura.
Syabas dan Tahniah Warga Kerja UNIT JKR KESEDAR TANAH MERAH & GUA MUSANG.