Seluruh warga Unit JKR KESEDAR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti En. Mohd Shaharudin Bin Daud (Penolong Jurutera Mekanikal JA36) yang akan bertukar ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 2 September 2018.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Unit JKR KESEDAR khususnya. Semoga beliau terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan.
Selamat Maju Jaya Di Tempat Baru.