Seluruh warga Unit JKR KESEDAR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Pn. Norida Bt Mohamed (Penolong Jurutera Elektrik JA29) yang akan bertukar ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 2 September 2018.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Unit JKR KESEDAR khususnya. Semoga beliau terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan.
Selamat Maju Jaya Di Tempat Baru.