Seluruh warga Unit JKR KESEDAR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Pn. Rosmini Binti Harun, Pembantu tadbir N19 yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam dengan memilih untuk bersara pilihan bermula 01 Ogos 2018.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Unit JKR KESEDAR khususnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.