20.07.2017, Khamis :- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Unit JKR KESEDAR telah berlangsung dengan jayanya dan telah dihadiri oleh ketua-ketua Jabatan di dalam Jajahan Tanah Merah. Kali ini tema yang dipilih adalah Retro Raya – Mengintimkan Hubungan Insani. Turut serta adalah Tuan OCPD Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah dan wakil-wakil dari pengurusan Kesedar.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran mantan Pengarah JKR KESEDAR, Pesara JKR KESEDAR dan bekas-bekas pegawai yang pernah berkhidmat di JKR KESEDAR.
Pengarah JKR KESEDAR dalam ucapannya menzahirkan akan keperluan keintiman di kalangan warga kerja JKR KESEDAR dan di kalangan penjawat-penjawat awam di seluruh Jajahan Tanah Merah dalam memacu kelancaran peranan setiap agensi.
Majlis ini dimulakan dengan meraikan pegawai dan kakitangan JKR KESEDAR yang telah berpindah, penyampaian kecemerlangan akademik kepada anak-anak warga kerja JKR KESEDAR yang cemerlang dan penyampaian sumbangan wang kepada golongan asnaf.
Majlis juga diserikan dengan persembahan lagu retro raya oleh warga kerja JKR KESEDAR dan pertandingan pakaian retro.
Sesungguhnya majlis sambutan aidilfitri ini telah memperkasakan Keintiman Hubungan Insani.
Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin.