Hari Kebangsaan menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat patriotisme dan kepentingan perpaduan demi kesejahteraan negara.
Sempena dengan kempen bulan kemerdekaan, JKR KESEDAR tidak ketinggalan menyemarakkan kibaran jalur gemilang.
Pengarah JKR KESEDAR Ir Mohd Suhaili Ismail bersama beberapa orang pegawai kanan telah melekatkan kibaran jalur gemilang pada kenderaan yang melalui jalan di hadapan pejabat JKR KESEDAR.
Bahagian hadapan pagar utama pejabat JKR KESEDAR juga di hiasi dengan kibaran jalur gemilang.