9-10/09/2020, Rabu & Khamis :- Taklimat & Bengkel ini selia oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli, Jurutera Mekanikal dengan melibatkan pegawai & pemandu di Bahagian Mekanikal Tanah Merah & Gua Musang yang telah di adakan di Dewan Wawasan, JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Penceramah jemputan yang mengendalikan Taklimat & Bengkel ini adalah En. Razman Bin Sabtu dibantu oleh En. Ramlan Bin Ibrahim dan En. Nazri Bin Mohamed Khaidi selaku fasilitator.
Semoga dengan taklimat & bengkel ini akan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat, semakan terhadap teguran audit yang lepas dan juga penambahbaikan mutu perkhidmatan dalam pengurusan kenderaan.