04.11.2020, Rabu :- JKR KESEDAR telah mengadakan dua taklimat secara serentak kepada semua pegawai dan kakitangan bertempat di perkarangan pejabat ini mengikut SOP yang telah ditetapkan selaras norma baru ini.
Sesi taklimat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ybrs Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR. Turut hadir semua pegawai kanan & Ketua-Ketua Bahagian.
Sesi taklimat pertama adalah daripada Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Jabatan Perdana Menteri. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Siti Lestaria.