Pada 12 Mei 2013 (Ahad), Unit JKR Kesedar Tanah Merah telah mengadakan Taklimat Menyelamatkan Diri dan Mewujudkan Kesedaran Kebakaran untuk semua pegawai-pegawai dan kakitangan di Unit JKR Kesedar Tanah Merah dan Gua Musang. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Wawasan Unit JKR Kesedar Tanah Merah dan telah dihadiri seramai 80 pegawai dan kakitangan.