Tanah Merah, 24 Februari 2020 :- Bahagian Penyelarasan & Kewangan dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan (BPKS) telah menganjurkan taklimat berkaitan Pengurusan Kewangan yang diadakan di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Taklimat ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR di Tanah Merah dan Gua Musang.
Taklimat Pengurusan Kewangan ini merangkumi Pengurusan T&T, Kerja Lebih Masa dan Dapatan Audit/Naziran serta Pengurusan dan Perekodan Aset Kerajaan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Sariyanti Bt Che Noh dan Puan Nor Fariza Bt Othman dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan.