Tanah Merah, 28 November 2019 – Pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Unit JKR KESEDAR bersama Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah serta pihak Hospital Tanah Merah telah mengadakan Taklimat Pengusian Bangunan dan Kebakaran.
Program tahunan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada warga kerja Unit JKR KESEDAR akan tindakan dan tindakbalas yang sepatutnya diambil apabila berlakunya kebakaran terutamanya tempoh masa untuk keluar dari premis, laluan kecemasan yang perlu dilalui dan ketersediaan di tempat berkumpul.
Selain itu, program ini juga untuk menilai kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan OKK Unit JKR KESEDAR dan kakitangan dalam mengendalikan peralatan kebakaran, pertolongan cemas dan mengawal situasi di tempat kejadian.