Tanah Merah, 03 November 2019 – Taklimat telah disampaikan oleh En. Muhammad Syukri Bin Rusli (Pegawai Pemasaran TH Cawangan Tanah Merah) bertempat di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR, Tanah Merah.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh TH Cawangan Tanah Merah kepada pegawai dan kakitangan pejabat ini pada hari ini ialah :-
i) Urusan Pembukaan Akaun
ii) Kemaskini Profil Peribadi
iii) Potongan Gaji
iv) Pendaftaran Haji
Semoga dengan taklimat ini memberi kefahaman dan pencerahan kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir.