Tanah Merah, 30 Oktober 2019 – Taklimat Perolehan Kerja Kerajaan ini telah disampaikan oleh Sr. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli, Ketua Unit Ukur Bahan bertempat di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah.
Sasaran kelompok peserta adalah dikalangan Kakitangan Sokongan 1 (Penolong Jurutera) hingga pegawai pengurusan & profesional (Jurutera).
Taklimat sebegini amat penting kepada semua pegawai dan kakitangan agar sebarang perolehan kerja dibuat mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan.