13.02.2019, Rabu :- Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Taklimat Tuntutan Elaun Perjalanan & Elaun Lebih masa Menggunakan Modul Hrmis bertempat di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Keseluruhan pegawai & kakitangan pejabat ni seramai 140 orang dari pejabat di Tanah Merah & Gua Musang hadir pada taklimat tersebut.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Muhamad Naim Bin Sulaiman & Pn. Tuan Pauziah Binti Tuan Leh, dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Semoga taklimat ini bermanfaat pada semua pegawai dan kakitangan pejabat ini apabila Tuntutan Elaun Perjalanan & Elaun Lebih Masa Menggunakan Modul Hrmis dilaksanakan sepenuhnya kelak.