05 Julai 2018, Khamis :- Pengarah JKR Kesedar mengadakan lawatan ke atas dua projek yang dilaksanakan di Gua Musang sempena lawatan kerja selama dua hari di Gua Musang. Sebelum itu pada 4 Julai, beliau telah mempengerusikan mesyuarat khas bagi mengenalpasti pendekatan terbaik untuk memastikan pembinaan 100 buah rumah orang asli di kawasan pos pendalaman Jajahan Gua Musang di bawah peruntukan JAKOA berupaya disiapkan dalam tempoh terdekat.
Projek pertama yang dilawati ialah pembinaan pejabat kesedar Lojing untuk mengiringi Timbalan Pengurus Besar Kesedar. Turut hadir ialah Pengurus Kesedar Wilayah Gua Musang. Projek ini telah pun disiapkan pada awal tahun 2017 tetapi perlu kepada beberapa penambahbaikan untuk disesuaikan dengan fungsi semasa.
Seterusnya beliau mengadakan lawatan ke projek Klinik Kesihatan (KK6) di Pos Brooke yang sedang dalam pembinaan. Beberapa perkara telah disentuh untuk diperkasakan oleh Pasukan Projek terutama pelaksanaan amalan pengurusan projek terbaik, pengurusan risiko dan kesegeraan tindakan.